.

Friday 15 July 2016

BACAAN YAASIN DAN TAHLIL

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Bacaan Yaasin dan tahlil hari ini dipimpin oleh Tuan Haji Azmi bin Yusuf. Bacaan Yaasin dan tahlil ditujukan khas buat Al Marhum Wan Mahmud bin Wan Idris, ayahanda kepada Ustaz Wan Azman yang kembali ke Rahmatullah pada 14 Julai 2016. Semoga ruh al marhum ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin.

Seterusnya, tazkirah mingguan disampaikan oleh Puan Hajjah Salsabila Tang binti Abdullah yang bertajuk 'Puasa Enam Syawal'.