.

Tuesday 30 August 2016

ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KOKURIKULUM 2016

Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Augerah Kecemerlangan dan Kokurikulum 2016 berjalan lancar dalam keadaan hujan renyai. Acara padang terpaksa ditangguhkan manakala acara dalam dewan diadakan seperti yang dirancang dan gerai-gerai dimeriahkan dengan kehadiran ratusan warga SMKSR.

Acara senamrobik bermula seawal jam 7.45 pagi, diikuti dengan pertandingan mewarna dan pertandingan nyanyian lagu patriotik. Acara kemuncak hari ini ialah penyampaian anugerah untuk akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum yang dirasmikan oleh YDP PIBG SMKSR, Tuan Haji Husin bin Haji Muhammad.


Sila klik sini untuk ke galeri gambar

Thursday 25 August 2016

CERAMAH PERJUANGAN BANGSA

25 Ogos 2016, Dataran Insaniah - Bersempena Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan, Ceramah Perjuangan Bangsa yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Sha'rani bin Sapari. Beliau merupakan tenaga penggerak Biro Tata Negara. Program ceramah ini adalah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Jasin.






Tuesday 16 August 2016

SAMBUTAN BULAN KEMANUSIAAN DAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

15 Ogos 2016 - Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan 2016 yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' telah diadakan di Dewan Besar Iltizam, SMK Sungai Rambai. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Encik Muhammad Haris bin Sawalludin. Majlis diteruskan dengan pelbagai program oleh Panitia Sejarah. GKMP Kemanusiaan mengucapkan terima kasih kepada warga SMKSR atas pelancaran program ini.






Monday 8 August 2016

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 BERMULA

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Peperiksaan Percubaan PT3 bermula hari ini. Subjek Bahasa Melayu menjadi pembuka tirai dan berakhir pada hari Jumaat untuk subjek Pendidikan Islam. Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada calon PT3 2016.


Sunday 7 August 2016

JAMBORI DI UDARA (JOTA)

6 Ogos 2016 - Jambori di Udara (JOTA) Kebangsaan peringkat negeri di SMK Tun Syed Zahirudin. Seramai 500 orang peserta menyertai JOTA kali ini. SMK Sungai Rambai telah menghantar 26 orang ahli pengakap.





Wednesday 3 August 2016

KEMPEN KEHIDUPAN LESTARI ANJURAN TNB

Dewan Alamanda, Jasin - Kempen Kehidupan Lestari Peringkat Negeri Melaka anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) diadakan hari ini. SMKSR telah menghantar pelajar menengah atas sebagai peserta. Turut mengiringi ke program ini ialah GBK SMKSR, Puan Rohana dan Puan Norfaizzan. SMKSR berjaya memenangi tempat pertama dan keempat untuk membina menara TNB. Sekalung tahniah.









Klik di sini untuk foto lain