.

Wednesday 18 May 2016

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 6

Makmal Komputer A - Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) diadakan pada jam 2.30 petang. Antara agenda LDP kali ke 6 berkisar pengurusan kewangan, PT3, Perkhemahan Unit Berunifom dan PBPPP. Dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Encik Mazlan bin Azam.




Tuesday 17 May 2016

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BERMULA

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 untuk Menengah Atas secara rasminya bermula hari ini. Calon SPM 2016 mengambil tempat di dewan besar manakala para pelajar Tingkatan 4 di kelas masing-masing.



HITAM PUTIH DI HARI GURU 2016

16 Mei 2016, Sungai Rambai - Sambutan Hari Guru peringkat SMK Sungai Rambai diraikan meriah oleh para pelajar. Sambutan yang disusun atur oleh Badan Pengawas, PRS, Pengawas PSS dan JK Sambutan Hari Guru bertemakan 'hitam dan putih'.

Perarakan masuk ke dewan Iltizam jam 7.40 pagi barisan guru-guru SMKSR dan ditaburkan wangian bunga rampai. Ucapan demi ucapan disampaikan.

Anugerah Khas Hari Guru diberikan kepada Tuan Haji Jainal bin Mohamed Noh, Anugerah Pakaian Terbaik Lelaki jatuh kepada En. Mohd Faiz bin Amiron manakala bagi kategori perempuan, Puan Aini Kartini Ahmad.


Friday 13 May 2016

BACAAN YAASIN SEMPENA HARI GURU 2016

Dewan Iltizam, SMKSR - Perhimpunan Jumaat di Dewan Besar Iltizam SMKSR diadakan seperti biasa. Bacaan Yaasin dipimpin oleh al Fadhil Ustaz Wan Azman bermula 7.30 pagi dan diikuti dengan doa. Disertai oleh ratusan pelajar, pentadbir dan barisan guru bertemakan Hari Guru 2016.










Selepas doa, Puan Mahfuzah binti Mohamad Noh menyampaikan sebuah tazkirah yang berkisar tentang 'Empat Orang Khalifah Islam' iaitu Saidina Abu Bakr as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib.


Thursday 12 May 2016

SAHIBBA PERINGKAT NEGERI MELAKA

Sumber berita dan foto: Puan Maisarah

Ayer Keroh - Pertandingan Sahibba peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 11 Mei 2016. Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, bertempat di Ayer Keroh d Village. SMKSR diwakili oleh Adik Azarina Md. Salleh dari Tingkatan 3 Anggerik yang berjaya melepasi pusingan kedua. 'Tahniah dan syabas kepada wakil sekolah kita', ujar Puan Maisarah selaku guru pengiring peserta.



Tuesday 10 May 2016

TAKLIMAT KESIHATAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3

Sumber: Pn. Fauziah
Foto: Ustaz Hj. Jainal

Dewan Iltizam, SMKSR - Klinik Kesihatan Merlimau mengambil iniasitif untuk menyampaikan taklimat mengenai  kesihatan kepada para pelajar SMKSR di dewan sekolah hari ini berkisar tentang kancing gigi, sawan serta pemeriksaan mata. Guru Kesihatan SMKSR, Puan Fauziah binti Hashim turut berada di venue.







Monday 9 May 2016

PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Sumber: Haji Jainal Mohamed Noh

Sungai Rambai, Isnin - Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Melaka telah mengadakan pemantauan pembestarian sekolah di SMK Sungai Rambai hari ini. Pemantauan ini diketuai oleh Encik Syaharum bin Abdullah, Penolong Pengarah BTP Melaka bersama-sama dua orang pegawai yang lain. Antara skop pemantauan meliputi:
1. Pengurusan ICT sekolah
2. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
3. Pengurusan Media Pendidikan





Thursday 5 May 2016

BENGKEL KECEMERLANGAN SUBJEK KIMIA DAERAH JASIN

Sumber informasi dan foto : Puan Juwairiah Mohamad

SMKTSZ - Bengkel Kecemerlangan Subjek Kimia peringkat Daerah Jasin 2016 telah diadakan di SMK Tun Syed Zahirudin. Golongan sasaran ialah calon SPM 2016 aliran Sains. Bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang. Guru Kimia SMKSR, Puan Juwairiah turut bersama mengiringi pelajar.






Tuesday 3 May 2016

KURSUS VLE FROG PENDIDIKAN ISLAM SELURUH MELAKA

PPDJ, Jasin - Kursus VLE FROG Pendidikan Islam seluruh Negeri Melaka diadakan pada 3 - 4 Mei 2016 bertempat di Bilik Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Jasin. SMK Sungai Rambai diwakili oleh guru baharu, En. Syafiee bin Mohamad. Kursus ini dibimbing dan disampaikan oleh Ustazah Rohaizah binti Othman, Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari SRK Merlimau 1.






Sunday 1 May 2016

LIGA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK

Sabtu, 30 April 2016 - Seramai empat orang pelajar Tingkatan 2 dan enam orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMKSR telah mewakili Jasin ke Liga Pembangunan Bola Sepak Negara di Pasir Gudang Johor.


Sumber : En. Khairul Nasri

TEMPAT KE 3 PERINGKAT NEGERI MELAKA


Tahniah dan syabas buat Pasukan Unit Gasing 1Malaysia SMK Sungai Rambai atas kejayaan merangkul kedudukan ke 3 Kategori Remaja Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Keseniaan dan Kebudayaan Negeri Melaka di bawah Program Merakyatkan Seni dan Budaya telah diadakan di Kampung Kandang, Melaka. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan kesinambungan kepada Tuan Hj. Zamani bin Ali bersama-sama Cikgu Norsahiat untuk terus membimbing, melatih dan memupuk seni permainan tradisional ini agar tidak ditelan zaman era pascamodenisme.

Sumber : En. Norsahiat

Klik di sini untuk gambar lain