.

Thursday 31 March 2016

PRS @ KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA

Rombongan PRS seramai 34 orang telah mengunjungi Karnival Pendidikan Melaka diiringi dua orang kaunselor, Puan Rohana dan Puan Norfaizzan.


Klik di sini untuk gambar

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN PPDJ DI SMKSR

31 Mac 2016 - Rombongan Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Jasin telah hadir ke SMKSR untuk memantau perjalanan PdP, sistem fail Panitia dan sebagainya untuk membantu SMKSR ke arah memenuhi tuntutan dasar pendidikan negara. Diketuai oleh Tuan Hj. Daud bin Abdul, memulakan pemantauan seawal jam 8.30 pagi. Pihak SMKSR mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPDj atas lawatan rasmi ini.




PROGRAM JEJAK GEMILANG DAN MOTIVASI

30 Mac 2016 - Program Jejak Gemilang dan Motivasi telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah. Disertai oleh calon-calon SPM 2016 dari kelas 5 Sains dan 5 Ikhtisas. Turut hadir, GPK Pentadbiran, Kaunselor Sekolah, Pn. Aini Kartini Ahmad serta Pn. Juwairiah Mohamed. Pelajar Cemerlang 2015 berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam program ini.









SAMBUTAN HARI JADI KELUARGA PRS SMKSR

30 Mac 2016 - Majlis Sambutan Hari Jadi pelajar PRS untuk bulan Januari hingga Mac 2016 yang disambut secara sederhana tetapi cukup meriah. Berlangsung pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 3 petang.




Wednesday 30 March 2016

TAKLIMAT TALASEMIA

Takkimat Talasemia telah diadakan di Dewan Iltizam untuk para pelajar Tingkatan 4 SMKSR.  Taklimat disampaikan oleh Dr. Mohd Hakim dari Pusat Kesihatan Sungai Rambai pada jam 3 petang 30 Mac 2016.
Bagaimana Talasemia merebak?

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa.

Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Monday 28 March 2016

MESYUARAT PBS 1 / 2016

Mesyuarat PBS bil 1/2016 telah diadakan di Makmal Komputer A, dipengerusikan oleh GPK 1 Pentadbiran, Tn. Hj. Azhari bin Jaafar. Minit mesyuarat yang lalu dibaca oleh Pn. Rohana Sulaiman selaku Setiausaha PBS SMKSR. Pn. Habsah membentangkan maklumat PT3 dan menyerahkan surat lantikan Pentaksir Sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4 petang.







LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN



Pada tarikh 25 Mac 2016, tiga orang guru iaitu En. Mohamad Haris, Pn. Juwairiah dan Pn. Mahfuzah binti Jaafar mengiringi 40 orang pelajar melawat sambil belajar di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan. Antara tempat yang dilawati ialah:
1. Syarikat Azydar Enterprise - tekat benang emas
2. Syarikat Shaizull Enterprise - pembuatan labu sayong
3. Galeri Sultan Azlan Shah
4. Lost World of Tambun
5. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.
Kesemua peserta rombongan menginap di Homestay R&B Bibi Sabariah. Rombongan selamat tiba di SMK Sungai Rambai pada hari Ahad 27 Mac 2016 12.40 pagi.

Galeri gambar (klik di sini)

Saturday 26 March 2016

PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON MERLIMAU VS JASIN

25 Mac 2016 - Perlawanan persahabatan badminton Merlimau vs Jasin telah diadakan di Dewan Besar KVJ Jasin. Merlimau diketuai oleh beregu handalan SMKSR, En. Hilmi bin Ali Hassan dan En. Khairi bin Kabil. Antara guru SMKSR yang turut serta ialah Hj. Jainal, En. Hakimi, En. Shaari, En. Sarawanan, En. Handalah, Hj. Azmi dan En. Syukor. 'Demi ukhuwwah dalam Daerah Jasin, diharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan', ujar En. Hilmi dengan nada yang bersemangat.

SUKAN UNTUK SEMUA


4TH MELAKA INDOOR ARCHERY

Kejohanan Memanah Melaka Kali ke 4 diadakan di Dewan MSN Melaka, Ayer Keroh pada 25 hingga 27 Mac. Dua orang pelajar SMK Sungai Rambai telah menyertai kejohanan terbuka ini yang disertai oleh atlit memanah seluruh Melaka. Kategori lelaki disertai oleh pelajar 4 Sains, Ahmad Bakhtiar bin Azizi yang mendapat tempat ke 4 daripada 40 orang pemanah. Manakala kategori wanita, Khairunnisa binti Azizi dari Tingkatan 2 Mawar mendapat tempat ke 14 daripada 38 orang atlit memanah.
TAHNIAH DAN SYABAS. SMKSR HEBAT!



Friday 25 March 2016

JUMAAT PENGHULU HARI

Program pengisian Jumaat diadakan di Dewan Besar Iltizam SMKSR pada hari ini. Tuan Hj. Azmi bin Yusuf memimpin bacaan Yaasin dan doa. Tazkirah yang bertajuk 'Jom Solat' disampaikan oleh GPK Kokurikulum, Ustazah Hjh. Siti Saidah. Beliau menekankan kepentingan solat dalam kehidupan seorang Muslim di dunia dan akhirat.




Thursday 24 March 2016

URIN TEST DI SMK SUNGAI RAMBAI

Unit PPDa SMKSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama dengan pihak AADK yang diwakili En. Amin Fitri serta pegawai dari PPD Jasin iaitu En.Mohd Rahim telah mengadakan  'urin test' kepada 27 orang pelajar tingkatan 3,4 dan 5 di bengkel Kemahiran Hidup pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.







Wednesday 23 March 2016

TAKLIMAT KESIHATAN WANITA

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Satu taklimat kesihatan wanita telah diadakan di dewan SMKSR hari ini mengisi masa Persatuan dan Kelab pada minggu ini. Taklimat ini disampaikan oleh En Khoiri bin Sahat selaku jurucakap dan wakil dari syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd.




JOM STUDY @ POLITEKNIK MALAYSIA

Politeknik Merlimau, Melaka telah menganjurkan Jom Study @ Politeknik Malaysia untuk sekolah angkat iaitu SMK Sungai Rambai dan SMK Tun Syed Zahirudin. Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) yang diterajui oleh Puan Rohana dan Puan Norfaizzan mengiringi pelajar-pelajar SMKSR yang terpilih menyertai program tersebut. Tahniah dan Syabas untuk UBK SMKSR.




TAKLIMAT OPERASI TENAGA SOLAR

Taklimat Operasi Tenaga Solar telah diadakan di Makmal Komputer A SMK Sungai Rambai. Ianya disampaikan oleh Encik Ho, wakil kontraktor Kementerian Sains dan Teknologi. Para Pelajar Tingkatan 2 Mawar mendengar talimat tersebut serta beberapa orang guru iaitu Hj. Jainal, Pn. Nooradilah, Pn. Zuraidah serta En. Hussein.




Monday 14 March 2016

KURSUS PENINGKATAN BAHASA CINA

Kuala Lumpur - Kursus Peningkatan PDP Bahasa Cina diadakan pada 12 hingga 14 Mac 2016 di Hotel Pearl International, Klang Lama. Antara perkara yang ditekankan adalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta penguasaan Bahasa Cina di kalangan pelajar. SMK Sungai Rambai diwakili oleh En. Yen.


KELAS TAMBAHAN CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1/2016

Sungai Rambai, Melaka - Kelas tambahan yang dirancang oleh pihak sekolah kepada calon PT3 dan SPM bermula awal pagi hari ini. Kehadiran pendidik SMKSR dan komitmen kehadiran pelajar memberi rangsangan positif terhadap kelas tambahan. Mudah-mudahan program yang disusun atur selama dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa sedikit sebanyak memberi petunjuk kepada peningkatan keputusan PT3 dan SPM 2016.