.

Monday 29 February 2016

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH

29 Disember 2016 buat julung kalinya SMK Sungai Rambai menerima kunjungan antarabangsa dari Singapura. Lawatan dari Singapore Chinese Girls School (SGCS) merupakan titik tolak anjakan paradigma program pengantarabangsaan sekolah 2016. Tepat jam 12.30 petang, 120 orang pelajar daripada pelbagai peringkat umur diiringi 10 orang tenaga pengajar memasuki pintu utama SMK Sungai Rambai dengan paluan kompang.

Pengerusi Majlis iaitu Puan Rohana Md Sahi serta Cik Lydia meraikan rombongan dari Singapura ini. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Pengetua SMKSR dan diikuti oleh wakil daripada SCGS. Persembahan Multimedia hasil karya Cikgu Norsahiat Rusli dipertontonkan sebelum persembahan daripada kedua-dua buah sekolah.

Peluang bergambar kenangan bersama antara pentadbir SMKSR dan SCGS dan para pelajar SCGS merapatkan ikatan dua buah sekolah Malaysia - Singapura. Pelawat juga mengunjungi gerai mini kesenian, makanan serta permainan tradisional di dewan sebelum melakukan lawatan hormat di sekitar SMKSR.


























Pelajar Singapore Chinese Girls School teruja apabila  Kelab 1 Malaysia (Unit Gasing) membuat persembahan permainan tradisional iaitu gasing pangkah.
Para tetamu amat berpuas hati dengan persembahan ini dan ada yang mencuba permainan ini.





Friday 26 February 2016

BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH MINGGUAN

Dewan Besar Iltizam - Bacaan Yaasin minggu ini dipimpin oleh al Fadhil Ustaz Haji Jainal bin Mohamad Noh. Seterusnya, Ustaz Wan Azman bin Wan Mahmud menyampaikan Tazkirah Mingguan sebagai peringatan, perkongsian ilmu untuk guru-guru dan para pelajar.




Thursday 25 February 2016

PROGRAM MOTIVASI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR telah mengadakan Program Motivasi untuk Pelajar Tingkatan 3 dan 5 sejurus selepas Majlis Perasmian Mesyuarat PIBG SMKSR yang ke 35.


Penceramah Motivasi ialah Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Puan Rubiah binti Md Noh.




MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSR 2016

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Mesyuarat Agung PIBG SMKSR 2016 telah diadakan pada hari ini bermula pada jam 3 petang. Tetamu kehormat, Penghulu Sungai Rambai diarak memasuki dewan oleh kumpulan Kompang SMKSR.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Negaraku dan Melaka Maju Jaya. Bagi memberkati Mesyuarat PIBG, doa dibacakan oleh Ustaz Syafiee bin Mohamad.

Seterusnya, persembahan pelajar yang bertemakan Lagu Rakyat begitu mencuit hati warga dewan. Ucapan Aluan daripada Tuan Pengetua, ucapan daripada YDP PIBG dan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Penghulu Sungai Rambai diamati oleh ibu bapa penjaga pelajar yang cukup ramai pada tahun ini.

Persembahan Multimedia tentang kecemerlangan SMKSR sepanjang 2015/2016 cukup kreatif dihasilkan oleh Ketua Panitia Prinsip Akaun, En. Sahiat bin Rusli memberi infotainmen kepada yang hadir.







Wednesday 24 February 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35


MESYUARAT DAN PERSIAPAN LAWATAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA


Mesyuarat dan persiapan untuk menerima kunjungan pendidikan antarabangsa, Singapore Chinese Girls School telah diadakan di Makmal Komputer A SMKSR. Dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, En. Mazelan bin Azam. AJK Pelaksana juga dilantik di kalangan guru-guru SMKSR.






KEJOHANAN PING-PONG MSSM PERINGKAT NEGERI MELAKA

Pemain ping-pong SMK Sungai Rambai antara yang terbabit di Kejohanan Ping-Pong MSSM Peringkat Negeri Melaka hari ini. Pengurus Pasukan SMKSR, En. Khairi mengiringi atlit terlibat.



Tuesday 23 February 2016

KARNIVAL IPT JOHOR BAHRU

21 Februari 2016, Johor Bahru - Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 SMKSR, empat orang bekas pelajar dan diiringi dua orang Guru Bimbingan dan Kaunseling SMKSR telah menyertai Karnival IPT di Persada Johor. Pelbagai pameran daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) telah membuka peluang kepada siswa dan siswi masa hadapan. Pelajar juga dapat mengetahui kursus yang bersesuaian serta syarat-syarat kemasukan ke institusi.







KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKSR 2016













Monday 22 February 2016

PERHIMPUNAN RASMI 22 FEBRUARI 2016

Dewan Iltizam - Perhimpunan rasmi sekolah diadakan seperti biasa. Dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti lagu negeri Melaka. Ikrar Rukun Negara, Ikrar Pelajar dan bacaan doa oleh pengawas.

Laporan guru bertugas disampaikan oleh En. Norhisham bin Ibrahim. Kelas-kelas terbersih mingguan bagi setiap tingkatan, aspek keselamatan ke sekolah, kualiti kebersihan di kelas antara perkara yang ditekankan oleh guru bertugas.

Tuan Pengetua mengakhiri perhimpunan dengan penekanan kepada Mesyuarat PIBG yang akan diadakan pada tarikh 25 Februari 2016. Beliau mengharapkan kehadiran ibu bapa penjaga pelajar SMK Sungai Rambai.

Friday 19 February 2016

BACAAN YAASIN, TAZKIRAH MINGGUAN SERTA TAKLIMAT MERENTAS DESA

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Bacaan Yaasin hari ini dipimpin oleh al Fadhil Ustaz Haji Azmi bin Yusuf. Seterusnya, tazkirah disampaikan pula oleh GKMP Kemanusiaan, Haji Nasarudin bin Lah yang bertajuk 'Budak dengan pokok epal'.


Taklimat Merentas Desa oleh
Puan Norliza binti Ahmat



Thursday 18 February 2016

LATIHAN PUSAT SEPAK TAKRAW MSSM KAWASAN MERLIMAU

Latihan pusat sepak takraw MSSM Kawasan Merlimau berakhir hari ini yang bermula hari Rabu 16 Februari 2016. Pegawai Teknikal Sepak Takraw Merlimau, En. Hilmi, Pengurus Pasukan bawah 18 tahun, En. Syafiee serta Pengurus Pasukan bawah 15 tahun, En. Sahiat bersama-sama memastikan latihan ini mencapai matlamatnya.

En. Hilmi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih setiap sekolah kawasan Merlimau kerana berjaya menghantar pemain-pemain mereka ke latihan pusat.

MESYUARAT ASRAMA DESA BIL 1/2016

Mesyuarat kali pertama Asrama Desa SMK Sungai Rambai telah diadakan pada jam 3 petang hari ini. Turut hadir ialah En. Mazelan bin Azam, Pengetua SMKSR, barisan Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Warden serta guru AJK Asrama Desa 2016.

Mesyuarat membincang program Asrama Desa untuk tahun 2016, halatuju warga asrama serta penetapan sasaran akademik.