.

Saturday 30 April 2016

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM PT3

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Kelas Tambahan untuk Pendidikan Islam pada hari ini dimanfaatkan oleh Ustazah Habsah binti Ishak untuk Teknik Menjawab Pendidikan Islam PT3. Kehadiran semua guru dan sebilangan besar pelajar memudahkan bengkel sejurus selepas penerangan teknik menjawab.




MAKING A CAR USING RECYCLED ITEMS

By Miss Lydia

Group work

To encourage students to do collaboration team work project using innovative mindset and do presentation in class (speaking).








Friday 29 April 2016

BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH

Program Bacaan surah Yaasin dan Tazkirah berjalan lancar sebagaimana dijadualkan. Ustaz Hj. Jainal memimpin bacaan surah Yaasin. Puan Maisarah Othman menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'Kewajipan seorang Muslim ke atas Muslim lain'.


TAHNIAH DAN SYABAS!

28 April 2016 - Warga SMKSR mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemidato sekolah serta guru pembimbing, En. Mohamad Haris  yang menggondol tempat ke 4 daripada 13 buah sekolah yang menyertai pertandingan pidato.

Warga SMKSR juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Lydia yang mengiringi  pelajar 3 Anggerik yang terlibat dalam Pertandingan Kuiz Pengetahuan Am Menengah Rendah Peringkat Negeri Melaka.



Wednesday 27 April 2016

PASUKAN PANTUN SMKSR KE PUSINGAN KEDUA

SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub, Merlimau - Pasukan Pantun SMKSR berjaya melepasi pusingan pertama dalam Pertandingan Pantun Peringkat Negeri Melaka pada hari ini. Pasukan yang dibimbing oleh Puan Aliemmah, Encik Zamrie, Puan Norhayati Samad dan Puan Norizzah berjaya mengalahkan SMK Klebang. Namun, hajat pemantun SMKSR ke pusingan ketiga terbantut apabila diberi saingan hebat oleh SMK Teknik, Bukit Piatu. 'In shaa Allah, kita akan terus mencuba lagi pada tahun hadapan', ujar Puan Aliemmah ketika ditemu bual oleh blogger di kantin SMKSR.




Monday 25 April 2016

IN-HOUSE TRAINING PANITIA KHB

Latihan Dalaman Panitia KHB telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertajuk 'Kaedah Menterjemah Litar Skematik ke Litar Bergambar' disampaikan oleh Encik Mohamad Faiz bin Amiron bertempat di Makmal Komputer Komputer A. Bermula jam 3 petang dan berakhir jam 4.15 petang.






JOM MEMBACA 10 MINIT



Bersempena Jom Baca 10 Minit, para pelajar SMKSR membuat pembacaan beramai-ramai dalam tempoh 10 minit di dewan dan di kelas-kelas. Turut bersama guru-guru dan staf sekolah.


klik di sini untuk gambar-gambar lain

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU BAHASA MELAYU

Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu SMKSR diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pengerusi Majlis, Puan Hjh. Norizah binti Abdul Rahman mengumumkan pelajar-pelajar yang telah berjaya menggondol hadiah bersempena Minggu Bahasa Melayu. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Hj. Azhari bin Jaafar, GPK 1 Pentadbiran.



Klik di sini untuk gambar-gambar lain

Sunday 24 April 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA

Seramai 14 orang pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 mewakili Daerah Jasin dalam Liga Program Pembangunan Bola Sepak Negara kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah diadakan di IPG Batu Pahat. Diiringi dua orang jurulatih sukan berprestasi tinggi juga merupakan pendidik SMKSR, En. Khairul Nasri dan En. Muhammad Saddiq.

Semoga bakat-bakat ini dapat menyumbangkan sesuatu untuk sukan bola sepak di Negeri Melaka. Syabas!



PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP

Perkhemahan skim lencana pengakap kanak-kanak, muda dan remaja peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 22 hingga 24 April 2016 bertempat di Kem Pengakap Negeri, Bukit Katil, Melaka. Penyertaan 25 buah sekolah, SMK Sungai Rambai menghantar 19 orang. Para peserta dinilai untuk lencana berbasikal, perkhemahan dan jayadiri.

Jurulatih utama Cikgu Haris Shawaluddin dan dibantu oleh Cikgu Faiz Amiron dan Cikgu Norsahiat Rusli.

Klik di sini untuk gambar-gambar lain

Saturday 23 April 2016

REKABENTUK PEMBELAJARAN ABAD KE 21




MK A, SMKSR - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bil. 4 / 2016 diadakan di Makmal Komputer A bermula jam 8.30 pagi. Dipengerusikan oleh Puan Aini Kartini binti Ahmad manakala bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Hj. Jainal bin Mohamad Noh. LADAP kali ini bertemakan Rekabentuk Pembelajaran Abad ke 21 melalui fasilitator, Puan Fairuz Nadira binti Zainal dari BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laman web rujukan https://www.sri.com

Friday 22 April 2016

KOR KADET POLIS SMKSR HARUMKAN NAMA SEKOLAH

21 April - Kontinjen Kor Kadet Polis SMK Sungai Rambai telah menyertai Perkhemahan Kadet Polis Daerah Jasin bertempat di Hutan Lipur Ulu Bendul. Perkhemahan selama 4 hari yang bermula 18 April dan berakhir 21 April 2016 diiringi dua orang Guru Penasihat iaitu Encik Khairul Nasri dan Encik Mohamad Saddiq.

Perkhemahan yang melibatkan pertandingan ini telah membuahkan hasil yang sangat positif. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
1. Ronda pandu arah - Naib Johan
2. Rentas halangan - ke 4
3. Jalan lasak - ke 5

Semoga Kor Kadet Polis SMKSR akan lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas !


SOLAT SUNAT ISTISQA' (MOHON HUJAN)

22 April - Buat pertama kalinya, solat sunat Istisqa' ditunaikan di padang bersebelahan dewan sekolah. Ia diadakan bagi memohon keampunan Allah dan memohon diturunkan hujan akibat suhu yang melampau ketika ini yang melanda Malaysia. Solat diimamkan oleh Tuan Haji Jainal bin Mohamad Noh dan makmumnya semua guru dan pelajar lelaki SMKSR. Semoga ibadah kita diterima Allah.

آمين يا رب العالمين


Monday 18 April 2016

WATIKAH PERLANTIKAN 2016

Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan untuk pemimpin pelajar SMKSR diadakan pada hari ini. Para Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas Kesihatan diraikan oleh warga SMKSR yang terdiri daripada Pentadbir, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah, guru-guru serta para pelajar. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas atas perlantikan pelajar terbabit serta kepada semua AJK Majlis Watikah Perlantikan 2016.


Klik di sini untuk ke galeri gambar

Friday 15 April 2016

SEMINAR KEIBUBAPAAN DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN

14 April 2016 - Seminar Keibubapaan dan Motivasi Kecemerlangan untuk ibu bapa dan calon-calon PT3 dan SPM telah diadakan bertempat di Dewan Iltizam SMKSR. Majlis bermula jam 8.30 malam yang juga dihadiri tetamu istimewa Prof. Dato' Dr. Abdul Rahim bin Selamat, YDP PIBG SMKSR, Pengetua SMKSR, Barisan Pentadbir SMKSR dan guru-guru. Kehadiran ibu bapa yang ramai cukup memeriahkan majlis. Majlis tersebut berakhir jam 10.50 malam. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada audien yang hadir.

Klik di sini untuk gambar-gambar lain

Wednesday 13 April 2016

KURSUS KEPIMPINAN 2016

Kursus Kepimpinan dan Team Building pada hari ini telah berjalan dengan lancar yang melibatkan 48 orang Pengawas Sekolah, 31 orang Pengawas Pusat Sumber dan 8 orang Pengawas Kesihatan. Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru pengawas, guru PSS dan guru kesihatan. Program dikendalikan sepenuhnya oleh Jazim Motivation Group yang diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Samin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR.


Klik di sini untuk ke galeri gambar

Monday 11 April 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015



Jasin, Melaka - Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 diadakan pada hari ini.

Senarai penerima APC Kategori Guru SMKSR:
1. Puan Nurfaizan
2. Puan Norlela
3. Encik Hussein
4. Puan Habsah

Senarai penerima APC Kategori Staf SMKSR:
1. Puan Norisah
2. Puan Junaina

Warga SMKSR mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima APC 2015. Semoga anugerah ini menjadi momentum kecemerlangan SMKSR pada masa hadapan.



Sunday 10 April 2016

KEM KECEMERLANGAN PT3 KRK/KAA/SMKA DAERAH JASIN

Jasin, Melaka - Kem Kecemerlangan PT3 KRK/KAA/SMKA Daerah Jasin di SMK Tun Perak yang diadakan pada tarikh 9 -10 April 2016 telah melabuhkan tirainya hari ini. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan guru yang membantu iaitu Puan Maszian, Puan Halimaton, Puan Aleimmah, Encik Khairul Nasri serta Puan Aini Kartini. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Mazelan bin Azam kerana sudi hadir bersama-sama pada majlis penutupan kem.

Klik sini untuk gambar.

Saturday 9 April 2016

TREASURE HUNT JABATAN PENERANGAN JASIN



Program Treasure Hunt Jabatan Penerangan Jasin. 6 peserta dari SMKSR menyertainya. Guru Pembimbing Pn. Nur Nazira binti Nazmal.
Senarai Peserta yang terlibat:
1. Muhammad Ashraf bin Zaihan 5 sains
2. Syahir Hanis bin Mohd Nor 5 sains
3. Muhammad Safwan bin Suhaimi 5 sains
4. Nur Shuhada binti Jaffri 4 ekonomi
5. Azzawiyah binti Indra Ceaser 5 ekonomi
6. Yasmin Nadia binti Zaini 5 pdg

Klik di sini untuk ke galeri smksr

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL. 2/2016

9 April, 2016 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke 2 diadakan di Makmal Komputer  A bermula jam 8.30 pagi. Tuan Hj. Azhari memulakan slot 1 LDP dengan Tajuk 'Qnet' dan 'Hasil Pemantauan PPDj'.



Slot 2 LDP bertajuk 'Taklimat Vle Frog' yang disampaikan oleh Tn. Hj. Jainal bin Mohamad Noh, Penyelaras ICT SMK Sungai Rambai.


Slot terakhir, ceramah 'Bedah Diri' yang disampaikan oleh Pn. Rozita binti Abdul Hamid dari SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.


Klik di sini untuk gambar lain

Wednesday 6 April 2016

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SIRI 2/2016

Seramai 10 orang ahli kelab 1 Malaysia SMKSR telah mengikuti
Program Klik Dengan Bijak Siri 2/2016 pada 6 April 2016 di Dewan SMK Dang Anum.




Tuesday 5 April 2016

TAKLIMAT i-THINK 2016


Satu taklimat ringkas dan padat berkaitan i-Think telah diadakan untuk guru-guru baharu SMKSR iaitu Tn. Hj. Azhari, En. Sahiat, En. Syafiee, Pn. Nor Nazira dan Cik Lydia. Dua orang pemandu i-Think memberi penerangan, Pn. Zuraidah Hussin dan Pn. Aliemmah Ali. Turut hadir AJK i-Think SMKSR. Taklimat berakhir jam 4.30 petang. Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK i-Think.