.

Wednesday 26 October 2016

PERTANDINGAN COOKINGTHON PPIM MELAKA 2016

Pertandingan Cookingthon Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Peringkat N.Melaka 2016

Tarikh: 22/10/2016 (8.00pg- 1.00tgh hari)
Tempat: SMK Bukit Baru
Penyertaan : a) Hidangan Sepinggan Lengkap (2org)
1. Qurratu' Aini bt.Sidon ( 4 sn)
2. Nor Azzalina Moslim ( 4 sn)

b) Gubahan Hantaran (2org)

1. Nafisah Mohd Ghazali (4 ikh)
2. Nur Izzati Azharuddin (4 ikh)

Guru Pengiring : Pn.Maisarah Othman


Saturday 22 October 2016

CATUR TERBUKA SMK SUNGAI RAMBAI

Dewan Iltizam, SMKSR - Buat julung kalinya SMKSR menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka yg disertai oleh peserta dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Negeri Melaka sendiri. Bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 5 petang. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En. Mazelan bin Azam.

Tahniah kepada:
1)En Sarawanan - Naib Johan bagi Kategori Guru.
2)En Hilmi bin Ali Hassan - Terbaik Guru (SMKSR)
3) Nur Ieshah binti Mohd Yunus 4 Sains - Terbaik Pelajar (SMKSR)


Tuesday 18 October 2016

MESYUARAT PEMBESTARIAN ICT PKG SEBATU

SK Sebatu - Mesyuarat Pembestarian ICT PKG Sebatu telah diadakan hari ini. Dipengerusikan oleh En. Faris Izra dan dihadiri bersama wakil BTPNM, Pn. Faezah. Pn. Faezah mengucapkan tahniah kepada PKG Sebatu yang menduduki nombor 2 dalam SSQS.


JAMBORI PENGAKAP PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016

Sumber : En. Muhammad Haris Sawaluddin

Pada 14-16 Oktober bertempat di Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil. Seramai 18 orang ahli pengakap dan 2 orang guru penasihat Pengakap SMKSR telah menyertai Jambori di udara & Jambori di Internet Dunia. Program ini melibatkan seramai 1000 orang peserta dari seluruh melaka. Program ini mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kelab Radio Amatur dari Johor dan Melaka.


Tuesday 11 October 2016

KELAB 1MALAYSIA SMKSR

Sumber berita: Norsahiat Rusli

11 Oktober 2016 - Bertempat di Restoran Terapung Taman Ekstrem Tasik Chin Chin Jasin, empat wakil pelajar dan seorang guru Kelab 1Malaysia SMKSR telah menghadiri Taklimat Keselamatan Negara dan Majlis Asperiasi Jabatan Penerangan Daerah Jasin. Kelab 1Malaysia SMKSR telah menerima Sijil Penghargaan atas kerjasama mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan oleh jabatan ini sepanjang tahun 2016.

Pelajar yang terlibat ialah :
1. Muhd Azizi Bin Azhar
2. Muhd Amar Ashraff Bin Abd Aziz
3.  Muhammad Bin Rasol
4.  Aminur Rashyid Bin Azhar
Guru pengiring : En Norsahiat Bin Rusli





Friday 7 October 2016

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN PT3 DAN SPM 2016

Masjid Hasanah, Sungai Rambai - Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin untuk calon PT3 dan SPM 2016 telah diadakan di Masjid Hasanah semalam. Dipengerusikan oleh Al Fadhil Ustaz Wan Azman, Ustaz Azmi menjadi Imam solat. Tuan Pengetua, En. Mazlan menyampaikan ucapan ringkas sebelum Solat Isya'.

Ustaz Wan Azman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit - PIBG, Masjid Hasanah, Guru-Guru, ibu bapa serta calon-calon PT3 dan SPM 2016.




Thursday 6 October 2016

PLD SEPAKTAKRAW MERLIMAU MELAKUKAN KEJUTAN

SSNM - Pasukan Sepaktakraw PLD Merlimau telah melakukan kejutan apabila mendapat tempat Naib Juara Bawah 14 tahun. Pasukan bimbingan En. Hilmi bin Ali Hassan tidak menjangka daya juang dan daya saing anak buahnya hampir menjadi juara. Pasukan ini terdiri dari 5 orang pelajar SMK Sungai Rambai dan 5 orang dari SMK Dato Abdul Rahman Yaakub. 'In shaa Allah, tahun depan kita juara', kata beliau dengan bersemangat.

Tahniah En. Hilmi!