.

Monday 25 July 2016

PELANCARAN KEMPEN SAYANGI DIRIMU ELAK DERITA 2016

Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Pelancaran Kempen Sayangi Dirimu Elak Derita 2016 telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang diusahakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR.

Dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Azmi bin Mohd Yusof dan diikuti ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, En. Mazelan bin Azam. Seterusnya, ucapan perasmian Cik Norlela binti Junid, Ketua Unit PPDa, Jabatan Pendidikan Melaka.




Friday 15 July 2016

BACAAN YAASIN DAN TAHLIL

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Bacaan Yaasin dan tahlil hari ini dipimpin oleh Tuan Haji Azmi bin Yusuf. Bacaan Yaasin dan tahlil ditujukan khas buat Al Marhum Wan Mahmud bin Wan Idris, ayahanda kepada Ustaz Wan Azman yang kembali ke Rahmatullah pada 14 Julai 2016. Semoga ruh al marhum ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin.

Seterusnya, tazkirah mingguan disampaikan oleh Puan Hajjah Salsabila Tang binti Abdullah yang bertajuk 'Puasa Enam Syawal'.






Thursday 14 July 2016

TAKLIMAT KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3

Taklimat PT3 2016 Pentaksiran Tingkatan 3 Geografi.
Tempat : Dewan Iltizam
Tarikh : 14 Julai
Masa : 8 pagi - 9.30 pagi
Disampaikan oleh : Cikgu Thanabalasingam



PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET KPM

Sumber berita dan foto: En. Mohd Syukor

SMK Ayer Molek, Melaka - Pertandingan Pelancaran Roket Peringkat Negeri Melaka diadakan pada 13 dan 14 Julai bertempat di SMK Ayer Molek. SMK Sungai Rambai diwakili oleh dua orang pelajar Ringkatan 4 Sains iaitu Nadzirah binti Ja'far dan Azalina binti Moslim. Encik Mohd Syukor Noor Mohamed mengiringi pelajar terbabit.










BICARA ILMU

Dataran Insaniah, SMKSR - Program Bicara Ilmu berjalan seperti biasa iaitu bermula jam 7.30 pagi. Ia disampaikan oleh Puan Norliza dan membabitkan para pelajar dalam program beliau.





Wednesday 13 July 2016

SAMBUTAN AIDILFITRI GURU DAN STAF SMKSR

Kantin SMKSR - Sambutan Aidilfitri 2016 Guru dan Staf SMKSR diadakan pada petang hari ini. Majlis bermula jam 2.30 petang yang dianjurkan oleh Kelab Guru SMKSR. Pengerusi Kelab Guru, En. Hussein bin Manih meraikan kehadiran Pengetua, barisan pentadbir, GKMP, tetamu yang diraikan iaitu Tuan Haji Jainal bin Mohamed Noh, guru-guru dan staf sekolah.

klik galeri untuk foto-foto lain




Friday 1 July 2016

MAJLIS KHATAM QURAN RAMADHAN 2016

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Majlis Khatam Quran Ramadhan 2016 anjuran Panitia Pendidikan diadakan bermula jam 7.40 pagi. Bacaan Yaasin dan doa ringkas  dipimpin oleh Ustaz Syafiee bin Mohamad. Al Fadhil Ustaz Haji Azmi bin Yusuf meneruskan Majlis Khatam Quran.


















Tuan Pengetua, Encik Mazlan bin Azam mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana saaban tahun berjaya mengadakan program seperti ini. Beliau juga mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMKSR.

Majlis pemberian sumbangan kepada pelajar miskin mengisi slot terakhir. Majlis Khatam Quran Ramadhan ini dipengerusikan oleh Ustaz Wan Azman bin Wan Mahmud. Turut hadir adalah barisan pentadbir, GKMP, Guru Cemerlang, guru-guru serta semua pelajar Islam.