.

Friday 30 September 2016

PERKHEMAHAN KRS KEBANGSAAN (ZON SELATAN)

Merlimau, Melaka - SMK Sungai Rambai telah menyertai Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Kebangsaan untuk Zon Selatan di Kem Kokurikulum Lancang selama 3 hari yang berakhir hari ini. Ahli KRS  yang terlibat ialah Mohamad Faiz bin Kamal dan Rafiq Hariz bin Mohd Nor. Tahniah dan syabas buat dua orang jurulatih iaitu En. Hilmi bin Ali Hassan dan En. Hussen Bin Mainih.


Thursday 29 September 2016

MAJLIS PERSARAAN PUAN HJH. AMINAH AHMAD

Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Persaraan GPK HEM SMKSR, Puan Hjh. Aminah binti Ahmad diadakan di Dewan Iltizam jam 2.30 petang hari ini. Dekorasi indah diilhamkan oleh Pn. Hjh. Salsabila menimbulkan warna-warni yang cukup mempersonakan.

Majlis dipengerusikan oleh En. Mohamad Haris dan diikuti doa daripada Tuan Hj. Azmi Yusof. Seterusnya, ucapan daripada Tuan Pengetua, En. Mazlan Azam dan ucapan daripada yang diraikan, Puan Hjh. Aminah binti Ahmad. Persembahan multimedia dipersembahkan oleh En. Norsahiat Rusli berkisar tentang biografi Pn. Hjh. Aminah.




Monday 26 September 2016

PERTANDINGAN PENGKISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA

UTeM - Seramai 40 orang pelajar SMKSR telah menyaksikan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 1 Malaysia Peringkat  Kebangsaan  di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) pada 25 September 2016. Mereka diiringi oleh Cikgu Norsahiat dan Cikgu Norsahida.








Saturday 24 September 2016

PROGRAM CELIK IT ANAK DUN SUNGAI RAMBAI

Makmal Komputer, SMKSR - Program Celik IT untuk anak-anak DUN Sungai Rambai telah diadakan bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang hari ini. Tenaga pengajar terdiri daripada para pelajar Diploma Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Turut hadir, Tuan Pengetua, Puan Noraini Abdul Ghani, Puan Irina Muharam, En. Norsahiat Rusli, En. Fuad Salleh dan En. Fauzi selaku juruteknik Komputer PKG Sebatu.







Thursday 22 September 2016

SAYANGI DIRIMU MEMBAWA BAHAGIA

Dewan Iltizam, SMKSR - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR telah mengadakan satu program ceramah yang bertajuk 'Sayangi Dirimu Membawa Bahagia' bermula jam 12 tengahari hari ini. Ceramah disampaikan oleh Puan Kamsiah dari LPPKN.


Wednesday 21 September 2016

PROGRAM CERAMAH GENERASI WARISAN BERJAYA

Makmal Komputer A, SMKSR - Program Ceramah Generasi Warisan Berjaya telah diadakan hari ini usaha sama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SMKSR. Penceramahnya ialah Tuan SM Kamarizman bin Khanafi, Ketua Balai Polis Sungai Rambai. Semua pelajar lelaki Tingkatan 1 dan 2 diwajibkan hadir. Antara guru yang meraikan penceramah ialah Puan Nurfaizzan, Puan Rohana (UBK), En. Razak bin Ali serta En. Wan Azman.






SENI ITU INDAH

SMKSR - Hasil ilham seni Puan Hajjah Salsabila Tang binti Abdullah telah diabadikan di blok SMKSR bersama-sama pelajar dari Tingkatan 4 Ekonomi. Gabungan seni,  kreativiti dan olahan cat telah menghasilkan sebuah karya ulung untuk ditatapi oleh generasi SMKSR. Tahniah Puan Hjh. Salsabila dan 4 Ekonomi.