.

Friday 29 January 2016

BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH MINGGUAN

Dewan Besar Iltizam - Bacaan Yaasin bermula jam 7.30 pagi yang dipimpin oleh Ustaz Wan Azman Wan Muhammad. Diikuti dengan tazkirah yang bertajuk 'Kelebihan surah al Fatihah' disampaikan oleh Puan Halimaton binti Rasidek. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang guru yang menyempurnakan majlis hari ini.




Thursday 28 January 2016

Wednesday 27 January 2016

MESYUARAT SEPAK TAKRAW PERINGKAT KAWASAN MSSM MERLIMAU





KURSUS ASAS KEPIMPINAN

Dewan Besar Iltizam - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungai Rambai telah mengadakan Kursus Kepimpinan Asas kepada pelajar yang terpilih memegang jawatan-jawatan kepimpinan di sekolah. Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Naib Setiausaha serta Bendahari. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua orang kaunselor serta yang terbabit secara langsung atau tidak bagi menjayakan kursus ini.




Monday 25 January 2016

MESYUARAT GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

25 Jan 2016 - Mesyuarat bil 1/2016 GKMP Teknik dan Vokasional SMK Sungai Rambai telah diadakan pada jam 3 petang. Dimulakan dengan ucapan aluan oleh GKMP dan seterusnya mesyuarat panitia.







PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2016


25 Januari 2016 - Pelancaran Program Guru Penyayang dilancarkan di Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan diikuti oleh gimik dan sketsa Guru Penyayang. Program ini juga meraikan para pelajar dan guru-guru yang lahir pada bulan Januari.




Sunday 24 January 2016

TAKWIM PEPERIKSAAN SMKSR 2016

Ujian 1 : 29 Februari 2016 hingga 4 Mac 2016
PPT : 17 Mei 2016 hingga 27 Mei 2016
PAT : 24 Oktober 2016 (Tingkatan 4)
PAT : 1 November 2016 (Tingkatan 1 & 2)

Friday 22 January 2016

MESYUARAT GKMP KEMANUSIAAN DAN PANITIA

21 Januari 2016 - Mesyuarat GKMP Kemanusiaan dan Panitia telah diadakan pada hari ini jam 3 petang selepas sesi persekolahan tamat. Tuan Hj. Nasaruddin bin Lah mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di kantin sekolah. Ia diikuti dengan mesyuarat panitia yang dipengerusikan oleh KP masing-masing. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.


Thursday 21 January 2016

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1437 h/ 2016 m



PENCERAMAH:
USTAZ ISKANDAR BIN HAMZAH
GPI SK BANDAR MAHARANI MUAR
JOHOR




 Tarikh     : 22 Januari 2016
Hari         : Jumaat
Masa        : 8.00 pagi
Tempat    : Dewan Iltizam
                   SMKSR.




SELAMAT DATANG GPK PENTADBIRAN TN HJ AZHARI BIN JAAFAR


SOLAT BERJEMAAH DI DEWAN SMKSR


20 Januari 2016 - Solat berjemaah kali pertama untuk tahun 2016 telah diadakan di Dewan Besar Iltizam SMK Sungai Rambai yang diimamkan oleh Ustaz Haji Jainal bin Mohamad Noh. Guru-guru lelaki juga menyertai solat berjemaah ini dan diharapkan agar ia dapat diteruskan pada setiap hari Selasa dan Rabu sebelum aktiviti kokurikulum dijalankan pada jam 3 petang.


MESYUARAT SUKAN TAHUNAN KELAB DAN PERSATUAN 2016


20 Januari 2016 - Mesyuarat Tahunan Kelab dan Persatuan SMK Sungai Rambai telah diadakan pada jam 3 petang mengikut lokasi yang telah ditetapkan dalam Takwim Sekolah 2016 sperti ketetapan berikut:

Bahasa Melayu di 4 Iktisas
Bahasa Inggeris di 4 Ekonomi
Pendidikan Islam di surau
Sains di Makmal Sains 1
Matematik di 4 Sains
Kemahiran Hidup di Bengekel KHB
Pendidikan Seni Visual di Bilik Seni
Sejarah di 5 Sains
Geografi di 5 Ekonomi
Bahasa Cina di 2 Teratai
Ekonomi Rumahtangga di Bilik ERT
Pembinaan Domestik di Bengkel PD
Tanaman Makanan di Bengkel TM
Kelab Pendidikan Khas di Pendidikan Khas