.

Thursday 23 June 2016

PROGRAM IHYA'RAMADHAN ASRAMA DESA

Asramadesa SMKSR - Program Ihya' Ramadhan telah diadakan pada petang hari ini. Tetamu istimewa yang diraikan ialah al Fadhil Tuan Haji Jainal bin Mohamed Noh GPK Kokurikulum SK Tehel merangkap mantan Penyelaras ICT SMKSR. Turut hadir bersama, Tuan Pengetua, Barisan Pentadbir, GPI SMKSR, Ketua Warden dan warga Asramadesa SMKSR. Antara tentatif program adalah seperti berikut:

6.40 Tazkirah : Ustaz Azmi
7.20 Berbuka puasa (jamuan ringan)
Solat Maghrib berjemaah
8.00 ucapan dari Ustaz Hj. Jainal/bacaan yassin
8.33 Solat Isyak/Terawih berjemaah
9.30 Jamuan makan.







Thursday 16 June 2016

PROGRAM SERLAHAN BUDI

Sumber dan foto: En. Norsahiat bin Rosli

Ayer Keroh, Melaka - Program Serlahan Budi Negeri Melaka diadakan di bilik Tun Sri Lanang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka, Ayer Keroh hari ini. Seramai 5 ahli Kelab Silat dan 5 ahli Kelab 1Malaysia (Unit Gasing) SMKSR menyertai program ini. Dua orang guru mengiringi pelajar iaitu En. Mohd Rizal Bin Razali dan En. Norsahiat Bin Rusli.




TERIMA KASIH SAHABAT KAMI

13 Jun 2016 - Perhimpunan rasmi diadakan seperti biasa. Dimulakan dengan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Ikrar Rukun Negara serta ikrar pelajar. Guru bertugas iaitu Puan Khadijah binti Abdul Rahman menyampaikan Laporan Guru Bertugas Mingguan. Tuan Pengetua, En. Mazelan bin Azam menyampaikan ucapan berinformasi kepada warga SMKSR.

Seterusnya, ucapan terakhir daripada Tuan Haji Jainal bin Mohamed Noh sebelum beliau berhijrah ke SK Tehel, Jasin, Melaka. Beliau akan menjawat jawatan GPK Kokurikulum di sekolah terbabit setelah hampir 10 tahun di SMK Sungai Rambai.

Semua warga SMKSR mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS atas perlantikan beliau. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau.

Thursday 2 June 2016

PROGRAM TEKNIK MENGINGAT FORMULA SUBJEK KIMIA

Makmal Komputer A - Program Teknik Mengingat Formula Subjek Kimia untuk tingkatan  4 Sains dan tingkatan 5 Sains SMKSR telah diadakan di MK A pada 31 Mei 2016. Program ini disampaikan oleh Guru Kimia SMK Dang Anum, Merlimau En. Zabidi bin Malek. Puan Juwairiah Mohamed turut bersama-sama pelajar aliran Sains yang begitu komited.