.

Thursday 16 June 2016

TERIMA KASIH SAHABAT KAMI

13 Jun 2016 - Perhimpunan rasmi diadakan seperti biasa. Dimulakan dengan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Ikrar Rukun Negara serta ikrar pelajar. Guru bertugas iaitu Puan Khadijah binti Abdul Rahman menyampaikan Laporan Guru Bertugas Mingguan. Tuan Pengetua, En. Mazelan bin Azam menyampaikan ucapan berinformasi kepada warga SMKSR.

Seterusnya, ucapan terakhir daripada Tuan Haji Jainal bin Mohamed Noh sebelum beliau berhijrah ke SK Tehel, Jasin, Melaka. Beliau akan menjawat jawatan GPK Kokurikulum di sekolah terbabit setelah hampir 10 tahun di SMK Sungai Rambai.

Semua warga SMKSR mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS atas perlantikan beliau. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau.