.

Monday 7 March 2016

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSM NEGERI MELAKA

Krubong, Melaka - Pertandingan Sepak Takraw MSSM Negeri Melaka telah diadakan pada 7 Mac 2016 di Dewan Komuniti Krubong bermula jam 9 pagi. Pertandingan membabitkan kawasan-kawasan negeri Melaka seperti Ayer Keroh, Bukit Cina, Merlimau, Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah. 3 kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12 tahun, Nawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun. 3 orang guru SMKSR terbabit iaitu En. Hilmi bin Ali Hassan (Pengerusi Teknikal Sepak Takraw Merlimau), En. Norsahiat bin Rusli (Pengurus Bawah 15 tahun) dan En. Syafiee bin Mohamad (Pengurus Bawah 18 tahun).
Semoga sukan sepak takraw kawasan Merlimau akan lebih cemerlang. 1Merlimau, Merlimau Boleh!