Dewan Bestari, Bukit Baru, Melaka - Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling peringkat Negeri Melaka. Dua orang Kaunselor SMK Sungai Rambai menghadiri taklimat tersebut iaitu Puan Norfaizzan binti Madam dan Puan Rohana binti Md Sahi. Taklimat disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan JPN Melaka, En. Hussen bin Chek.