.

Thursday 26 January 2017

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA

25 Januari 2017 - Majlis Persaraan Tuan Pengetua, Encik Mazelan bin Azam diraikan oleh Tuan PPDJ, Dr. Azam dan semua warga SMKSR bermula jam 7.40 pagi.

Majlis dimulakan dengan doa dan lagu Negaraku, berselang-seli persembahan pelajar dan ucapan. Tepat jam 2 petang, Majlis 'sent off' Tuan Pengetua di sepanjang jalan keluar oleh guru-guru dan para pelajar.

Majlis Makan Malam diadakan di Dewan Besar Iltizam SMKSR jam 8.30 malam. Sambutan dimulakan selawat, doa, persembahan silat, qasidah dan persembahan zapin serta tarian. Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah.









Tuesday 27 December 2016

MESYUARAT GURU KALI 1/2017

Selasa, 27 Disember - Mesyuarat Guru Kali 1/2017 telah diadakan di MK A hari ini bermula jam 8.30 pagi. Ustaz Wan Azman membuka mesyuarat dengan bacaan doa.

Tuan Pengetua memberikan ucapan aluan serta mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baharu dan mengucapkan tahniah kepada GPK HEM, Puan Hjh. Siti Saidah Sawardi dan GPK Kokurikulum, Pn. Norhayati Abdul Samad.

Encik Abdul Karim bin Shaari seterusnya membentangkan maklumat dan perancangan kurikulum untuk tahun 2017.

Majlis berakhir pada jam 2 petang dan akan bersidang semula pada esok hari 28 Disember untuk Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.






Thursday 3 November 2016

MAJLIS GRADUASI SMKSR 2016

Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Majlis Graduasi SMKSR 2016 telah diadakan pada pagi ini. Majlis yang julung kalinya dipengerusikan oleh En. Jukhairi bin Md. Said. Dimulai dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Azmi bin Yusuf. Tuan Pengetua, En. Mazelan bin Azam menyampaikan ucapan aluan yang cukup menyentuh hati. Tetamu kehormat Tuan Hj. Hussin bin Mohamad, YDP PIBG SMKSR merangkap perasmi Majlis Graduasi Kali Pertama.





Wednesday 26 October 2016

PERTANDINGAN COOKINGTHON PPIM MELAKA 2016

Pertandingan Cookingthon Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Peringkat N.Melaka 2016

Tarikh: 22/10/2016 (8.00pg- 1.00tgh hari)
Tempat: SMK Bukit Baru
Penyertaan : a) Hidangan Sepinggan Lengkap (2org)
1. Qurratu' Aini bt.Sidon ( 4 sn)
2. Nor Azzalina Moslim ( 4 sn)

b) Gubahan Hantaran (2org)

1. Nafisah Mohd Ghazali (4 ikh)
2. Nur Izzati Azharuddin (4 ikh)

Guru Pengiring : Pn.Maisarah Othman


Saturday 22 October 2016

CATUR TERBUKA SMK SUNGAI RAMBAI

Dewan Iltizam, SMKSR - Buat julung kalinya SMKSR menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka yg disertai oleh peserta dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Negeri Melaka sendiri. Bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 5 petang. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En. Mazelan bin Azam.

Tahniah kepada:
1)En Sarawanan - Naib Johan bagi Kategori Guru.
2)En Hilmi bin Ali Hassan - Terbaik Guru (SMKSR)
3) Nur Ieshah binti Mohd Yunus 4 Sains - Terbaik Pelajar (SMKSR)


Tuesday 18 October 2016

MESYUARAT PEMBESTARIAN ICT PKG SEBATU

SK Sebatu - Mesyuarat Pembestarian ICT PKG Sebatu telah diadakan hari ini. Dipengerusikan oleh En. Faris Izra dan dihadiri bersama wakil BTPNM, Pn. Faezah. Pn. Faezah mengucapkan tahniah kepada PKG Sebatu yang menduduki nombor 2 dalam SSQS.


JAMBORI PENGAKAP PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016

Sumber : En. Muhammad Haris Sawaluddin

Pada 14-16 Oktober bertempat di Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil. Seramai 18 orang ahli pengakap dan 2 orang guru penasihat Pengakap SMKSR telah menyertai Jambori di udara & Jambori di Internet Dunia. Program ini melibatkan seramai 1000 orang peserta dari seluruh melaka. Program ini mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kelab Radio Amatur dari Johor dan Melaka.