.

Monday 29 February 2016

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH

29 Disember 2016 buat julung kalinya SMK Sungai Rambai menerima kunjungan antarabangsa dari Singapura. Lawatan dari Singapore Chinese Girls School (SGCS) merupakan titik tolak anjakan paradigma program pengantarabangsaan sekolah 2016. Tepat jam 12.30 petang, 120 orang pelajar daripada pelbagai peringkat umur diiringi 10 orang tenaga pengajar memasuki pintu utama SMK Sungai Rambai dengan paluan kompang.

Pengerusi Majlis iaitu Puan Rohana Md Sahi serta Cik Lydia meraikan rombongan dari Singapura ini. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Pengetua SMKSR dan diikuti oleh wakil daripada SCGS. Persembahan Multimedia hasil karya Cikgu Norsahiat Rusli dipertontonkan sebelum persembahan daripada kedua-dua buah sekolah.

Peluang bergambar kenangan bersama antara pentadbir SMKSR dan SCGS dan para pelajar SCGS merapatkan ikatan dua buah sekolah Malaysia - Singapura. Pelawat juga mengunjungi gerai mini kesenian, makanan serta permainan tradisional di dewan sebelum melakukan lawatan hormat di sekitar SMKSR.


























Pelajar Singapore Chinese Girls School teruja apabila  Kelab 1 Malaysia (Unit Gasing) membuat persembahan permainan tradisional iaitu gasing pangkah.
Para tetamu amat berpuas hati dengan persembahan ini dan ada yang mencuba permainan ini.