.

Monday 15 February 2016

PERHIMPUNAN RASMI

Dewan Besar Iltizam, SMK Sungai Rambai - Perhimpunan Rasmi telah diadakan seperti biasa. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya. Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar diikuti selepas nyanyian. Bacaan doa oleh pelajar menambah seri dan keberkatan majlis.

Laporan guru bertugas mingguan disampaikan oleh Ustazah Norita binti Ahmad. Cikgu Sahiat mempengerusikan Majlis Penyampaian Sijil kepada para pemain Sepak Takraw SMK Sungai Rambai yang telah diadakan pada 3 Februari 2016.

GPK 1 Pentadbiran menyampaikan ucapan mingguan kepada pelajar. Beliau menekankan agar para pelajar menunjukkan kehebatan diri masing-masing hingga ke peringkat tertinggi menyahut slogan sekolah 'SMKSR Hebat!'.