Sumber berita: Norsahiat Rusli
11 Oktober 2016 - Bertempat di Restoran Terapung Taman Ekstrem Tasik Chin Chin Jasin, empat wakil pelajar dan seorang guru Kelab 1Malaysia SMKSR telah menghadiri Taklimat Keselamatan Negara dan Majlis Asperiasi Jabatan Penerangan Daerah Jasin. Kelab 1Malaysia SMKSR telah menerima Sijil Penghargaan atas kerjasama mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan oleh jabatan ini sepanjang tahun 2016.
Pelajar yang terlibat ialah :
1. Muhd Azizi Bin Azhar
2. Muhd Amar Ashraff Bin Abd Aziz
3. Muhammad Bin Rasol
4. Aminur Rashyid Bin Azhar
Guru pengiring : En Norsahiat Bin Rusli
.
Tuesday, 11 October 2016
Friday, 7 October 2016
SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN PT3 DAN SPM 2016
Masjid Hasanah, Sungai Rambai - Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin untuk calon PT3 dan SPM 2016 telah diadakan di Masjid Hasanah semalam. Dipengerusikan oleh Al Fadhil Ustaz Wan Azman, Ustaz Azmi menjadi Imam solat. Tuan Pengetua, En. Mazlan menyampaikan ucapan ringkas sebelum Solat Isya'.
Ustaz Wan Azman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit - PIBG, Masjid Hasanah, Guru-Guru, ibu bapa serta calon-calon PT3 dan SPM 2016.
Ustaz Wan Azman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit - PIBG, Masjid Hasanah, Guru-Guru, ibu bapa serta calon-calon PT3 dan SPM 2016.
Thursday, 6 October 2016
PLD SEPAKTAKRAW MERLIMAU MELAKUKAN KEJUTAN
SSNM - Pasukan Sepaktakraw PLD Merlimau telah melakukan kejutan apabila mendapat tempat Naib Juara Bawah 14 tahun. Pasukan bimbingan En. Hilmi bin Ali Hassan tidak menjangka daya juang dan daya saing anak buahnya hampir menjadi juara. Pasukan ini terdiri dari 5 orang pelajar SMK Sungai Rambai dan 5 orang dari SMK Dato Abdul Rahman Yaakub. 'In shaa Allah, tahun depan kita juara', kata beliau dengan bersemangat.
Tahniah En. Hilmi!
Tahniah En. Hilmi!
Friday, 30 September 2016
PERKHEMAHAN KRS KEBANGSAAN (ZON SELATAN)
Merlimau, Melaka - SMK Sungai Rambai telah menyertai Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Kebangsaan untuk Zon Selatan di Kem Kokurikulum Lancang selama 3 hari yang berakhir hari ini. Ahli KRS yang terlibat ialah Mohamad Faiz bin Kamal dan Rafiq Hariz bin Mohd Nor. Tahniah dan syabas buat dua orang jurulatih iaitu En. Hilmi bin Ali Hassan dan En. Hussen Bin Mainih.
Thursday, 29 September 2016
MAJLIS PERSARAAN PUAN HJH. AMINAH AHMAD
Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Persaraan GPK HEM SMKSR, Puan Hjh. Aminah binti Ahmad diadakan di Dewan Iltizam jam 2.30 petang hari ini. Dekorasi indah diilhamkan oleh Pn. Hjh. Salsabila menimbulkan warna-warni yang cukup mempersonakan.
Majlis dipengerusikan oleh En. Mohamad Haris dan diikuti doa daripada Tuan Hj. Azmi Yusof. Seterusnya, ucapan daripada Tuan Pengetua, En. Mazlan Azam dan ucapan daripada yang diraikan, Puan Hjh. Aminah binti Ahmad. Persembahan multimedia dipersembahkan oleh En. Norsahiat Rusli berkisar tentang biografi Pn. Hjh. Aminah.
Majlis dipengerusikan oleh En. Mohamad Haris dan diikuti doa daripada Tuan Hj. Azmi Yusof. Seterusnya, ucapan daripada Tuan Pengetua, En. Mazlan Azam dan ucapan daripada yang diraikan, Puan Hjh. Aminah binti Ahmad. Persembahan multimedia dipersembahkan oleh En. Norsahiat Rusli berkisar tentang biografi Pn. Hjh. Aminah.
Monday, 26 September 2016
PERTANDINGAN PENGKISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA
UTeM - Seramai 40 orang pelajar SMKSR telah menyaksikan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) pada 25 September 2016. Mereka diiringi oleh Cikgu Norsahiat dan Cikgu Norsahida.
Saturday, 24 September 2016
PROGRAM CELIK IT ANAK DUN SUNGAI RAMBAI
Makmal Komputer, SMKSR - Program Celik IT untuk anak-anak DUN Sungai Rambai telah diadakan bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang hari ini. Tenaga pengajar terdiri daripada para pelajar Diploma Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Turut hadir, Tuan Pengetua, Puan Noraini Abdul Ghani, Puan Irina Muharam, En. Norsahiat Rusli, En. Fuad Salleh dan En. Fauzi selaku juruteknik Komputer PKG Sebatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























