
Pengerusi Majlis iaitu Puan Rohana Md Sahi serta Cik Lydia meraikan rombongan dari Singapura ini. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Pengetua SMKSR dan diikuti oleh wakil daripada SCGS. Persembahan Multimedia hasil karya Cikgu Norsahiat Rusli dipertontonkan sebelum persembahan daripada kedua-dua buah sekolah.
Peluang bergambar kenangan bersama antara pentadbir SMKSR dan SCGS dan para pelajar SCGS merapatkan ikatan dua buah sekolah Malaysia - Singapura. Pelawat juga mengunjungi gerai mini kesenian, makanan serta permainan tradisional di dewan sebelum melakukan lawatan hormat di sekitar SMKSR.




Pelajar Singapore Chinese Girls School teruja apabila Kelab 1 Malaysia (Unit Gasing) membuat persembahan permainan tradisional iaitu gasing pangkah.
Para tetamu amat berpuas hati dengan persembahan ini dan ada yang mencuba permainan ini.


